KANSAI AIRPORT

Baru-baru ni, aku pegi melancong ke Jepun. Sangat best. Perasaan sebelum pegi mmg sangat seronok tak terkata. Hi hi. Ok, hari ni just nak share sedikit sebanyak experience masa kat sana.

1st, macam semua tahu, orang Malaysia dah xpayah apply VISA ke jepun bermula  Julai 2013. Makanya kitorang sangatlah bertuah sbb nak apply Visa Japan kan sgt leceh. Yang paling leceh adalah kena ada ribuan ringgit malaysia dlm akaun bank. 

30 sept 2013 lepas aku berlepas ke kansai airport dari LCCT. Mestilah naik AirAsia kan, sbb tambang murah, dpt tiket plus luggage & meal, around RM850. Flight pukul 3.30pm dan tiba di Kansai Airport (KIX) jam 10:30pm lebih kurang. Proses Imigresen berjalan dengan sangat lancar. Alhamdulillah. Pegawai Imigresen pon ramah, adalah sembang sikit2. Ha ha. Sistem sangat teratur, xperlu beratur lama2 walau queue agak panjang. Kaunter pon banyak dibuka walaupun dah lewat mlm.

Kitorang berempat decide untuk tidur kat airport je sbb lebih jimat. Lagipon dan sampai lewat mlm pon kan. So, kami pergi ke 2nd floor dan pergi ke information office untuk pinjam blanket. Blanket ni mmg ada provide blanket untuk public. Just fill in nama, dan perlu pulangkan blanket sblm pukul 6 pagi. Office ni dekat Lawson,  24 hours convenient shop. Lepas dah pinjam blanket, cari lah mana2 port utk tido. Kitorang pilih port dekat dengan domestic departure. Sbb xramai org dan agak tersembunyi. 

Oh, kat airport ni ada prayer room tau, kat 4th floor, dekat C area. Boleh minta map airport dari pegawai infomation center tuh. Tapi, we all malas nak solat kat situ sbb port tido kitorg pon xramai org, so solat kat situ je.

Toilet sangat menarik. Takde paip air mcm kat Malaysia, tp air keluar dari mangkuk tandas tu jugak. Ada button utk kita tekan. Tapi, xsemua toilet mcm tu. Setiap floor, toilet adalah berbeza2. Yang aku bgtahu ni, yg tingkat 2. Memang sangat convenient. Bersih pun bersih.  

Subuh kat sini awal. Pukul 4:30 pagi gtu. So, kitorg bangun awal, solat subuh, kemudian pulangkan blanket. Oh yea, sepanjang kita bermlm kat airport, ada polis yg meronda2 di situ dan akan tanya tujuan kita dan mungkin check passport. Kitorg xkena tunjuk passport, tp ada group lelaki yang juga dari Malaysia, lepak dekat port kitorg kena tunjuk passport diorang, setiap seorang. 

Lepas dah pulangkan blanket, kami sarapan dulu. Bawak bekal dari KL, nasi impit ngan kuah kacang dan sambal ikan bilis. Lepas dah kenyang kitorang pegi mandi di shower room yang ada disediakan kat airport, belakang mcDonald dan actually sebelah je port kitorang, kena bayar 500yen untuk 15 minit running water. Air sangat laju dan sangat berbaloi bayar 500 yen. Shampoo dan shower gel provided. Bilik untuk bersiap diperuntukkam sejam. Hair dryer pon disediakan. Towel je kena guna yang sendiri. Kalau nak, boleh sewa yang mereka punya, xsure berapa yen kena.

Lepas dah siap2, kitorang pon bergerak ke train station airport sbb nak ke kyoto. Kami naek JR Limited Haruka Express Train. Mula2 nk beli tiket mmg pening2 lalat. Ha ha ha. Tapi berjaya jugak beli. Kena masukkan duit, dan enter jumlah train fee ke destinasi yang kita nk pegi tu. Total dari airport ke kyoto station adalah 2770yen. Kalau korg takde duit kecik, masukkan je duit yang korang ada, nt akan dapat blk balance. Yang penting korang enter amount yang betul. Tengok kat fee table yang terbentang luas kat atas mesin tiket tuh. Kitorang dapat 2 tiket lepas enter 2770yen. Mula2 pelik, kenapa dapat 2 tiket. Mcm mana nk guna. So, sebelum masukkan kat pintu masuk, kami tgk local people kat situ buat mcm mana. Rupa-rupanya, masukkan je kedua2 tiket sekaligus dlm slot pintu masuk, pastu amek balik tiket yang keluar balik kat depan, siap ditebuk. Senang je. Pastu pergi je lah ke train ikut pandu arah dan naek train tuh.konduktor train akan datang dan check tiket kita. Perjalanan ke kyoto mengambil masa lebih kurang sejam setengah. So, bolehlah tido sementara nak sampai. Jangan risau sbb ada notification setiap kali train nk berhenti. Train ni ada 3 stop termasuk kyoto. 

Ini je lah dulu untuk post kali ni. Hi hi. Nt bila2 rajin akan cerita pasal kyoto pulak.

0 comments:

Post a Comment