RSS

KANSAI AIRPORT

Baru-baru ni, aku pegi melancong ke Jepun. Sangat best. Perasaan sebelum pegi mmg sangat seronok tak terkata. Hi hi. Ok, hari ni just nak share sedikit sebanyak experience masa kat sana.

1st, macam semua tahu, orang Malaysia dah xpayah apply VISA ke jepun bermula  Julai 2013. Makanya kitorang sangatlah bertuah sbb nak apply Visa Japan kan sgt leceh. Yang paling leceh adalah kena ada ribuan ringgit malaysia dlm akaun bank. 

30 sept 2013 lepas aku berlepas ke kansai airport dari LCCT. Mestilah naik AirAsia kan, sbb tambang murah, dpt tiket plus luggage & meal, around RM850. Flight pukul 3.30pm dan tiba di Kansai Airport (KIX) jam 10:30pm lebih kurang. Proses Imigresen berjalan dengan sangat lancar. Alhamdulillah. Pegawai Imigresen pon ramah, adalah sembang sikit2. Ha ha. Sistem sangat teratur, xperlu beratur lama2 walau queue agak panjang. Kaunter pon banyak dibuka walaupun dah lewat mlm.

Kitorang berempat decide untuk tidur kat airport je sbb lebih jimat. Lagipon dan sampai lewat mlm pon kan. So, kami pergi ke 2nd floor dan pergi ke information office untuk pinjam blanket. Blanket ni mmg ada provide blanket untuk public. Just fill in nama, dan perlu pulangkan blanket sblm pukul 6 pagi. Office ni dekat Lawson,  24 hours convenient shop. Lepas dah pinjam blanket, cari lah mana2 port utk tido. Kitorang pilih port dekat dengan domestic departure. Sbb xramai org dan agak tersembunyi. 

Oh, kat airport ni ada prayer room tau, kat 4th floor, dekat C area. Boleh minta map airport dari pegawai infomation center tuh. Tapi, we all malas nak solat kat situ sbb port tido kitorg pon xramai org, so solat kat situ je.

Toilet sangat menarik. Takde paip air mcm kat Malaysia, tp air keluar dari mangkuk tandas tu jugak. Ada button utk kita tekan. Tapi, xsemua toilet mcm tu. Setiap floor, toilet adalah berbeza2. Yang aku bgtahu ni, yg tingkat 2. Memang sangat convenient. Bersih pun bersih.  

Subuh kat sini awal. Pukul 4:30 pagi gtu. So, kitorg bangun awal, solat subuh, kemudian pulangkan blanket. Oh yea, sepanjang kita bermlm kat airport, ada polis yg meronda2 di situ dan akan tanya tujuan kita dan mungkin check passport. Kitorg xkena tunjuk passport, tp ada group lelaki yang juga dari Malaysia, lepak dekat port kitorg kena tunjuk passport diorang, setiap seorang. 

Lepas dah pulangkan blanket, kami sarapan dulu. Bawak bekal dari KL, nasi impit ngan kuah kacang dan sambal ikan bilis. Lepas dah kenyang kitorang pegi mandi di shower room yang ada disediakan kat airport, belakang mcDonald dan actually sebelah je port kitorang, kena bayar 500yen untuk 15 minit running water. Air sangat laju dan sangat berbaloi bayar 500 yen. Shampoo dan shower gel provided. Bilik untuk bersiap diperuntukkam sejam. Hair dryer pon disediakan. Towel je kena guna yang sendiri. Kalau nak, boleh sewa yang mereka punya, xsure berapa yen kena.

Lepas dah siap2, kitorang pon bergerak ke train station airport sbb nak ke kyoto. Kami naek JR Limited Haruka Express Train. Mula2 nk beli tiket mmg pening2 lalat. Ha ha ha. Tapi berjaya jugak beli. Kena masukkan duit, dan enter jumlah train fee ke destinasi yang kita nk pegi tu. Total dari airport ke kyoto station adalah 2770yen. Kalau korg takde duit kecik, masukkan je duit yang korang ada, nt akan dapat blk balance. Yang penting korang enter amount yang betul. Tengok kat fee table yang terbentang luas kat atas mesin tiket tuh. Kitorang dapat 2 tiket lepas enter 2770yen. Mula2 pelik, kenapa dapat 2 tiket. Mcm mana nk guna. So, sebelum masukkan kat pintu masuk, kami tgk local people kat situ buat mcm mana. Rupa-rupanya, masukkan je kedua2 tiket sekaligus dlm slot pintu masuk, pastu amek balik tiket yang keluar balik kat depan, siap ditebuk. Senang je. Pastu pergi je lah ke train ikut pandu arah dan naek train tuh.konduktor train akan datang dan check tiket kita. Perjalanan ke kyoto mengambil masa lebih kurang sejam setengah. So, bolehlah tido sementara nak sampai. Jangan risau sbb ada notification setiap kali train nk berhenti. Train ni ada 3 stop termasuk kyoto. 

Ini je lah dulu untuk post kali ni. Hi hi. Nt bila2 rajin akan cerita pasal kyoto pulak.

peram

last post dulu tahun 2010. huhu. tetiba termalas dan terlupa punnn nak update blog. excuses adalah seperti berikut:
1) busy ngan keje ke? agakla.. tapi lagi banyak tido kot. hahaha, bukan masa keje okayy. harap maklum
2) sebab sekarang asek complaint, merungut, membebel through facebook.
3) sebab banyak aktiviti lain. sekarang main badminton taw. sibuk diet lagi, pastu sibuk makan lepas da berjaya diet. sengal!
4) happy ngan life sendiri. tapi sekarang cam kureng sket.
5) tadek orang pon view blog nie, so malas lah nak update. so, kenapa update hari ni? emmmmm, sbb rasa nak share stress kat blog ni, lagipon tadek org view kan, sangat bagos la tuh. =p

next post bila pulak? emmmm

emmm

emmm

emmm

emmm

nantilah...

bye

make-up lesson (basic)

sabtu ritu, dengan perasaan malasnya, bangun tido pagi2, bersiap, n bergerak ke kolej komuniti perlis, jejawi untuk kelas asas solekan dan pemakaian tudung.

model: my housemate

well, kelas tu mmg best. menarik. so, cuma nak share sikit la..

1. firstly, kena pakai concealer. ader beberapa jenis la, yg common, warna hijau, suggested kryolan. concealer ni bagos untuk memudarkan cela berwarna, termasuklah jerawat, lingkaran hitam bawah mata, bibir, n ape2 yg tak sama kaler ngan kulit.

2. then, apply foundation. Cikgu Elle (guru mekap) suggest guna MAC punya. katanya, base kena kuat. MAC ori ok!

3. pastu, apply BB cream. ape2 jenama pun boleh. ni utk kuatkan lagi base.

4. haaa, barula boleh pakai compact powder. erm, loose powder pun boleh jugak. kena beli yang sama tone ngan kulit kita. depend la nak sama kaler ngan kulit muka or kulit tangan. tapi better guna sama tone ngan muka.

5. now, bleyla start shading kat pipi ngan idung. yg ni susah nak explain. hehe

then bleyla start buh blusher, eye shadow, n lipstick.. asalkan base da ade...

basically, untuk pi keje, tayah la kot pakai concealer. haha. tak mampu nak beli ngan renyah nak pakai. hahaha

hari ni, keje, pakai foundation silky girl,liquid nyer, then BB cream. tapi sebab tade compact or loose powder, bantai je la pakai baby powder. jadi jer, tapi putih sket n gebu la hasilnya. hahahahahahaha....


M.I.G.R.A.I.N.E


SAKET! hari ni taley keje pown. got a really massive headache. only able to manage 1 patient, then off to sleep from 12pm till 5pm at clinic and then continue at home for about 2 more hours. how the hell that happened??! dunno

1) at 10am, took 2 panadol
2) at 1.30pm, took 2 ponstan
3) at 2.50pm, took 1 synflex
4) at 4.00pm, took another 2 ponstan
5) at 7.45pm, took another 1 synflex

OVERDOSED?!!

haha, finally, BAEK gak. then when tu putra palace to have steamboat... nyum2, and I'm able to eat all crabs.. hehe.. PUAS HATI!

bErUntUng

da dua kali da nie. hehe. siyes igt kena tinggal kat rumah sorg2. tido sensorang. huhuhu. susah hati gila bila pk. ngehehehe. seb bek tak jadi. ader gak org dtg teman. =P

engkar arahan

banyak nye makan!!!!!!!!!! wuwuwuw.. konfem bley gemok duk sini. sumer org komplen kenapa Asyah suka makan? huk huk, sebab Asyah pantang tengok makanan laaaaaa.. so jgn sua makanan pada budak Asyah ni lagi ok! petang semalam da beli kasut baru utk jogging, tapi tak stat lagi, tade mood maw ke denai. esok la eik.

kenapa Asyah beli kasut baru? wuwuwuw, kasut lama da koyak, rabak, da ader mulut, nganga luas! sebab apa? sebab last week join kursus rekreasi tahap 1, pastu guna lasak2 (haha, lasak la sgt), pakai masuk dlm Gua Kelam, air deras, batu byk dlm air, kayu pun sama, kasut tak tahan, makanya kasut itu pun rosak... Ha?!! Asyah join camping? Biar betol! ngehehehe.. keje kak Irna la nie, dibubuhnya nama Asyah join camping tu, siap membohong lagi masa camping, ckp keje kat kolej komuniti Arau, padahal keje spital kangar.. tak baek tak baek.......

sambung kisah makan. hari nie, belajar wat lasagna ngan makaroni bakar. ikot kak Irna lagi. dier wat kursus western food. budak Asyah ni bukan reti makan mende alah ni, tapi gi la jugak belaja.. hehe, peluang depan mata, grab aje la. bawak balik 2 bekas makaroni bakar n 2 bekas lasagna. sampai sekarang, da tengah malam tak usik2 lagi.. ntah makan, ntah tidak. biar je dlm fridge. da la semalam da makan byk giler. pagi pukul 11 gtu mkn steamboat, bestttttttttt. dorg ni wat kat pantri ENT. budak Asyah ni tukang makan jer. petang lak dlm kol 3 makan laksa Kak su. Kak fairus banje, sempena bday dier. seeeedap! mlam mkn kat kuala perlis lak, ngan bebudak camping hari tu. selamat menggemokkan diri cik Asyah Hafiza!

k la, da nak kol 2 am.. hehe, tyme to sleep (kot)..

nak pi SUSHOW II...


hari nie 22/3/2010; 11.46pm. Bosan sebenarnya. Nak tido, belom ngantok. Jap lagi la. Tadi da tido, migrain punya pasal. huhu

20hb hari tu konsert super junior kat Malaysia. wuwuwu. nak tgk. nak tgk sgt2. tapi cam waste plak kalo pi kan? kan? bukan leh tgk muka dorg betol2 pon. haha. alasan menyedapkan hati. wuwu. kan best kalo dean ader, mesti dier da tarik aku, madu, baby, huda, etc. pi sama. Noi yg ader org nak banje plak, xdpt izin mak dier la plak. huhu.

So, apa yg aku buat hari konsert tu? haha, pi langkawi. Baek gi jumpa Akis. hehe, bukan jalan2 pon di langkawi. Tido jer byk. Mlm gi McD. Giler gian ah nak mkn situ. Kat kangar tade McD, KFC ada la, sampai 3, gilak ah. Haha, tapi xmasuk pon lagi KFC. Tataw nape, padahal mmg hantu fastfood.

Sedar tak sedar, esok genap sebulan kat kangar. Hehe, cepat gak masa gerak kan? Bila da keje ni, bila balik jer penat, tido pon da awal skrg. Kalo dulu, selagi belom kol 4am, selagi tu xtido, sekarang kol 11pm pon kadang2 da xlarat nak tahan mata tu. Hmm, facebook pun da jarang2 update. Nak kata busy, tidak, penat jer lebih. Haha.

Oh, semalam gi jog kat denai. Haha. Macam kat padang golf la jaraknya. Seronok, ramai org. Sebelom nie, jog kat stadium. Sangat la xramai org kat sana. 2, 3 org jer. Lagipun jarak x jaoh. Round 2 kali stadium pun x dpt 1 round denai. Ngehehe, tapi nak gi denai selalu, harap maafla, jaoh sket ngan rumah. ALASAN!

Rindu la kat bebudak blok B, n audiospeech. Hehe, ngada2 la plak budak baek nie. Munh, Ida, meh la dtg sini, lepak2. Hari tu Ikhwan dtg. Haha, best, de org banje lunch. Tunggu Huda plak dtg banje aku. =P

Oh, satu lagi update terbaru. Dengan rasminya aku naik pangkat jadik bendahari kat rumah aku nie. Segala urusan bil2 n sewa, aku yg settle. Padahal, gaji pon blom dpt lagi. Haihhhh. Hmm, mmg ader tokoh menteri kewangan kot aku nie. Dari matrik bawakla ke USM, asyik jadik bendahari jer. Haha, tapi yg sebelom nie, volunteer, sbb aku suka duit. Hahahahahahahahaha.




P/S: Pic - Dinner yg best. Hopefully korg sumer happy.